Sistem Rangkaian Setempat / Local Area Network (LAN) ialah jaringan komputer yang menghubungkan komputer dan peralatan di kawasan-kawasan geografi terhad seperti rumah, sekolah, makmal komputer atau bangunan pejabat.



 Wide Area Network (WAN) ialah rangkaian komputer yang merangkumi kawasan yang luas (contohnya, rangkaian hubungan komunikasi yang melintasi sempadan bandar, daerah dan negara). WAN berbeza dengan rangkaian dalaman peribadi (Personal Area Network), rangkaian dalaman setempat (LAN), rangkaian dalaman kampus, atau rangkaian kawasan metropolitan (MAN) yang biasanya terbatas pada bangunan, ruangan, kampus atau kawasan metropolitan tertentu.

Metropolitan Area Network(MAN) ialah jaringan komputer yang biasanya merangkumi sebuah bandar atau kampus besar. Sebuah MAN biasanya menghubungkan sejumlah rangkaian kawasan tempatan (LAN) menggunakan teknologi backbone berkapasiti tinggi seperti rangkaian fiber optik, dan menyediakan perkhidmatan rangkaian (link) ke rangkaian luas (atau WAN) dan Internet.